Doa buat sahabat..
Thursday, August 6, 2009

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
Bertemu untuk mematuhi perintahMU,
Bersatu memikul beban dakwahMU,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
Mendaulat & menyokong syariatMU,
Maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNYA yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini...
~ameen~..
P/s: doa ni ditujukan buat semua sahabat yg sentiasa disisi..





0 comments: to “ Doa buat sahabat.. ”
Post a Comment