..i i iii iv..
Thursday, August 13, 2009

i) Apa lagi yang dapat kita lakukan, teman. Selain memujuk hati sendiri yang rawan. Mencari kekuatan yang bersembunyi dalam relung hati. Apatah lagi bila kita menyedari, bahawasanya - apa yang benar-benar kita miliki, adalah diri kita sendiri. Diri kita sendiri. Untuk memujuk hati.
ii) ... semakin ku nafi, semakin menjadi ...
Kepada hati yang rapuh, aku selalu berbisik : Hati, cukup-cukuplah terbang tinggi. Lekaslah kembali pulang ke bumi. Bukan jatuh berkali-kali yang aku takutkan. Tapi sakit dan luka jatuh yang entah bila dapat terubatkan. Apa yang selalu kamu bisikkan pada hati? Bila separuh hati mahu segalanya ternoktah di sini. Separuh lagi hati mahu mencuba sampai mati...
iii) Manusia yang selalu bercakap soal perasaan, sebenarnya manusia yang paling susah untuk meluah perasaan. Seringkali keagungan rasanya tersimpan jauh di dalam. Maka, bila dia meluahkannya, siapa yang menerimanya, harus menyimpannya dalam hati sampai bila-bila...
iv) I used to miss you so much,
but it never seemed like you miss me,
I guess because of that I stopped missing you.
[ One Tree Hill ]





0 comments: to “ ..i i iii iv.. ”
Post a Comment