....kau dengar bukan?.....
Monday, August 10, 2009

cuba fahami
bila aku hanya diam
bolehkah
kalau aku katakan,
untuk kali ini
aku ingin biarkan
takdir dan waktu
memberikan jawapan?
***************************
Ada waktu-waktunya, saya lebih suka untuk membisu seribu bahasa. Kerana, bila banyak berkata-kata, akan mengusutkan lagi sengketa. Lagipun saya fikir, orang yang berkata dan menuduh itu tidak kenal diri saya sepenuhnya. Maka, haruskah saya kisah dengan kata-katanya?
Saya anggap, bila saya tidak kisah, bila saya diam dan mengalah, bila saya telah minta maaf, bila saya telah redha. Semuanya akan hapus begitu saja. Habis. Tamat. Putus. Rupanya tidak semudah itu. Sebab, ia masih belum pergi, masih lagi muncul, berlegar di hadapan saya.
Cukup-cukuplah menghiris hati ini. Tak perlu lagi datang menambah luka, atau cuba merawat luka dengan penawar yang belum tentu berkesan. Kamu benci saja saya selamanya, itu lebih baik. Saya tak mahu kamu ada bila hati kamu suka dan sesal, dan menjauh bila bengang dan meradang.
Tali yang terputus ini. Adalah kerana kamu cantas dengan pisau yang ada di tangan kamu. Ketika saya memegangnya. Kerana tajamnya pisau, tangan saya, turut luka. Menitiskan darah duka.
p/s: Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Walau kita tak mahu ia berakhir. Walau seboleh-bolehnya, kita mahu pengakhiran itu ditangguhkan. Pastinya, semua perkara, biar apapun kelebihannya, tetap ada kekurangannya. **Jika Kau Mengerti Pasti Kau Akan Memahami..~fiZa eZira





August 10, 2009 at 2:59 PM
erm...
aduh feeling nyer...
cian along..mm
nk nynyi cket la..
dgo tw...
prnhkn kau merasa... atyku hmpa... prnhkh kau merasa atyku ksong...
oh ya!! along nk tjukan n luahan along tue kt cpe ea?? nk tw gak....
hehehe
kepoci sdh mri dr plnet pluto...
August 10, 2009 at 8:55 PM
hehehe
ini baru betul2 namanye feeling!
tak payah kasihan kan along laaa
slalu trasa gini..
mungkin akhirnya akan terbiasa..
lagu tu along bg balik..
tak sedap kalo ko yg nyanyi
hahaha
cis wat2 tatau lak bg kat sape
madah berhelah ni!
kat dia yg ko msg tu la....