Kita manusia selalu lupa. Lupa dengan kehadiran insan-insan yang terlalu sayangkan kita. Dan dia juga ada ketikanya lupa. Aku juga ketikanya lupa. Dan kau juga ada ketikanya lupa. Jangan tipu! Jangan tipu mengatakan kau, aku ataupun dia tidak pernah lupa dengan kehadiran insan-insan menyanyangi kita. Dan bila kesempatan dan kehadiran insan-insan menyanyangi kita itu hilang sekelip mata. Kita jadi nanar. Kita jadi nanar kerana ketika adanya mereka kita tidak menggunakan peluang yang diberikan percuma dengan sebaiknya. Dan sesungguhnya barulah kita tahu yang semua perkara baik tidak datang banyak kali dalam hidup kita. Baru kita sedar, bahgia itu mempunyai satu harga yang sangat mahal untuk kita menembusnya kembali. Barulah kita sedar, betapa hakikatnya tidaklah rugi untuk kita menghargai insan yang menyanyangi kita sebagaimana dia sayangkan kita. Dan ketika semua rasa itu tiba, kita sudah terlewat untuk menyedari bahawa bahagia yang Allah turunkan telah ditarik balik nikmatnya. Namun Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan setiap kejadian ada hikmahnya.
Melankoli sekeping hati ini begitu ironis. Aku tidak mahu menjadi sekeping hati yang menyesal seperti itu. Lalu, ketika pertama kali Cinta itu hadir, aku sudah lebih dari rela menyanyanginya dengan sepenuh hati. Aku melakukan semua yang dirasakan baik untuk dia, untuk aku. Walau ada ketikanya, aku sudah tidak berdaya lagi untuk mengusahakan semua yang terbaik untuknya disaat dia tidak pernah ambil peduli. Namun aku teruskan jua dengan helaan nafas yang panjang bagi memastikan kehadiran Cinta yang dikurniakan ilahi ini tidak terhenti hembusannya di pertengahan. Betapalah jujur dan ikhlasnya sekeping hati. Betapa mahunya aku untuk mengasihinya sepenuh jiwa. Betapa relanya aku memberikan bahagia dengan redhaNya.
Aku tidaklah mahu mati andainya perpisahan itu ada antara aku dan dia. Namun, aku tahu yang aku akan mati sebelum mati, jika perpisahan itu tersirat untuk terjadi. Noktah.