Jangan Tangisi Apa yg Bukan Milikmu

Wednesday, March 10, 2010

DALAM PERJALANAN HIDUP INI SERINGKALI KITA BERASA KECEWA. KECEWA YANG AMAT-AMAT! SEGALANYA KERANA, SESUATU YANG TERLEPAS DARI GENGGAMAN, KEINGINAN YANG TIDAK TERCAPAI, KENYATAAN YANG TIDAK SESUAI HARAPAN, IMPIAN TAK KESAMPAIAN. AKHIRNYA SEMUA YANG TIDAK KESAMPAIAN ITU MENGHADIRKAN SESUATU YANG BEGITU MENGOCAKKAN JIWA DAN PERASAAN.

Dan, sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat jiwa bergoncang begitu masih ada setitik cahaya di dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki untuk mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa di tempat-tempat yang kita mampu perolehi semua itu.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan terpenuhi, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi kenyataan. Dan, bukan suatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum mesti sukses, mesti bahgia atau yang lainnya.

Betapa ramai orang yang sukses tapi lupa bahawa sebenarnya itu semua adalah pemberian Maha Pemurah,hingga membuatkannya sombong dan bertindak ikut suka hatinya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar serta sabar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang menjadi jatahkita di dunia, mungkin ia dalam bentuk rezeki, jawatan atau kedudukkan pasti akan Maha Pencipta tunaikan. Namun, apa yang bukan milik kita, ia tidak mungkin akan kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya.

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) kepada dirimu sendiri malainkan telah tertulis dalam kita (Loh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang dimikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. “Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(QS al-Hadid 22-23)

Demikian juga bagi sebahagian kita yang sedang ‘resah’ terhadap jodoh. Kadang-kadang kita tidak sedar apa perancangan Maha Pencipta tentang jodoh kita. Kita malah bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mengaharap Maha Pemurah menunaikan ‘si dia itu adalah jodohku, kerana aku amat-amat mencintainya’. Di sini kita seakan jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa! Dan akhirnya andai Maha Pemurah mengurniakannya, maka tidak selalu itu adalah yang terbaik. Maha Pencipta ‘menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tercemar!’

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan fiman dari Allah SWT, “...Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahu,” (QS. Al-Baqarah 216).

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput dari genggamanmu, dari dakapanmu. Setelah ini harus difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana, seorang mukmin tidak akan hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Kita lihat sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri andai kita tidak mengenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan cari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah dengan menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori atau praktikalnya.

Segala yang ada di tangannya, segala atribut yang disandangnya, semua adalah milik Allah SWT. Juga dirinya sendiri, jasadnya, jiwanya, segala pembentuk diri ini adalah milik Allah SWT. Semua milik Allah! Maka dileburkan dirinya kedalam qudrah kekuasan Maha Pencipta. Dia tidak banyak berangan-angan, dia tidak banyak memikirkan secara berlebihan tentang hari esok, tentang bayangan dirinya esok hari. Dia hanya berfikir bagaimana memberi yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta kasih-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikkan’ Maha Pemurah.

Di atas muka bumi ini, di dunia ini, dia serahkan segalanya kepada Maha Mengetahui. Apa yang akan terjadi, dia redha.. terserah kepada Maha Pencipta. Dia sedia menjalankan segala tanggungjawab dan peranannya. Bagaimana nasibnya esok, terserah kepada Maha Agung. Dia hanya mampu merencanakan, mengekspresikan apa yang diinginkannya, tetapi keinginannya telah berlebur dengan keinginan Allah, dalam iradah Allah.

Andai ternyata keinginannya tidak sama dengan keinginan Allah SWT ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata malah yang terjadi adalah sebaliknya malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebelumnya tidak dikehendakinya maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang dengan redha yang tidak terbilang. Tidak ada yang buruk dengan apa yang terjadi. Yang buruk adalah ketika kita berasa tidak puas hati, marah, protes, berkeluh kesah atas ketentuan-Nya.

Sedangkan yang baik, yang mulia, yang tinggi darjatnya, yang tinggi maqamnya adalah mereka yang ikhlas, yang bersyukur ketika diberi kesusahan mahupun kesenangan. Senang dalam kesusahan, senang dan bahagia dengan segala kehendak Maha Pencipta. Hidupnya hanya untuk-Nya. DIA adalah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang segalanya adalah wasilah, alat, sarana, bekal, modal untuk mencapai tujuan hakiki, mencapai keredhaan Allah SWT.

Makanya, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu!

bersihkan hatimu, ikhlaslah... redha dengan ketentuan-Nya. Kerana kita ini adalah sebenar-benar hamba!

Moga hari ini menjadi kita lebih kuat dan lebih dekat kepada-Nya...

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster