Salam Maulidur RasuL

Thursday, February 25, 2010

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.. Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku... (sebahagian dari Khutbah Terakhir Rasulullah SAW pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.


~ampuni dosaku jika ku mencintai selainmu wahai kekasih Allah..Ampuniku T_T

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Salam Maulidur RasuL

 

Design by Amanda @ Blogger Buster