Ku Mahu Kau Tahu

Friday, May 8, 2009

Kita harus punya pegangan sendiri. Bukan sentiasa berubah setiap kali bertemu situasi berbeza dan pandangan berlainan. Jumpa orang ini ke kanan perginya, dengan orang itu, ke kiri pula.

Memang bukan mudah, tanpa ilmu dan tafsiran perilaku manusia. Yang penting, kita bersedia belajar dan menerima teguran. Belajar dari mereka dan belajar dengan apa yang ada pada diri sendiri.

Percaya pada hati. Yakin pada naluri. Bukan diikut pada perkataan demi perkataan yang kita sendiri tidak nampak hujung pangkalnya, tidak pasti salah benarnya.

Dan kepercayaan dan keyakinan yang pasti itu walau ditentang seratus satu, suatu hari akan berbuah hasil menyenangkan apabila cahaya kebenaran terserak.

Apabila suasana menular terang tenteram walau terasa muak dan terjeluak akan waktu yang terasa tak pernah luak, ya, orang akan sedar, orang akan akui, kita adalah pemimpin yang sebenar!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Ku Mahu Kau Tahu

 

Design by Amanda @ Blogger Buster