Gerimis di Perhentian MUBARAK

Thursday, May 7, 2009



Aku dan Kau adalah keajaiban alam yang terbesar. Aku dan Kau telah diberi mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Aku dan Kau semakin mengerti bahawa semua masalah, kekecewaan, kesakitan jiwa dan seumpamanya adalah peluang- peluang besar yang datang dalam rupa yang berbeza. Bahkan semua itu hanyalah sedikit ujian yang ditimpakan berbanding manusia-manusia lain.

Tidak ada binatang melata atas tumbuhan, tiada batu-batan atau tasik yang diciptakan sama seperti kita. Aku dan Kau dikandung dalam kolam cinta dan dilahirkan untuk matlamat yang istimewa. Aku dan Kau sering melupai akan hal itu sebelum ini. Tetapi, mulai saat ini kita akan membimbing hidup ke arah menyempurnakan sebuah aspirasi.

Aku dan Kau akan menghayati hidup ini seakan-akan ia adalah hari yang terakhir. Aku dan Kau tidak perlu lagi memikirkan lagi cara bagaimana untuk melupakan perkara silam. Walaupun semalam terlalu banyak kisah sedih, namun kesedihan orang lain lebih teruk dari kita. Kita lebih beruntung daripada mereka.

Oleh itu, abaikanlah sengsara lama. Besok telah terkubur bersama semalam. Hari ini Aku dan Kau tidak akan memikirkannya lagi. Aku dan Kau punyai satu nyawa dan nyawa itu tidak lain hanyalah suatu ukuran waktu. Jika kita mensia-siakan nyawa hari ini sama seperti merosakkan nyawa yang terakhir. Oleh itu, setiap jam yang berlalu di hari ini akan kita hargai kerana ia sama sekali tidak akan kembali lagi.

~p/s: nukilan ini teristimewa buat Sistarz Debab..

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster