Ingatkan Sahabatmu..

Sunday, April 12, 2009

ReNuNGaN…

Sahabatku…
Nak mintak tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati nak perasaaan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah Al-Quran
Tika radio penuh hiburan
Tika TV penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar kerana-Nya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalaanan
Moga di sana jadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
Kepada-Nya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Ingatkan Sahabatmu.. ”

 

Design by Amanda @ Blogger Buster