Cinta Agung
Friday, April 10, 2009

Cinta Agung... aku tahu Engkau Tuhanku adalah Cinta Agung akupun mahu mencintaiMu aku tahu mencintaiMu amat perlu ia kemuncak daripada segala kebahagiaan aku berusaha ke arah itu tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu Oh banyak yang datang mengganggu nafsuku dan syaitan terkutuk dunia mempersona menggamit selalu di waktu itu lupaku padaMu cintaku jauh sekali sekali sekala datang juga walaupun sedikit terasa indahnya kemudian lupa lagi adakalanya lupaku padaMu berpanjangan sekali kemudian sekali sekala sedar kembali engkau Cinta Agung Engkau patut dicintai selepas itu kulupa lagi begitu cintaku kepadaMu Tuhan dengan kelalaian silih berganti, oh Tuhan dengan hati yang sedih ini tolonglah aku dengan rahmatMu bantulah aku mencintaiMu agar cinta yang palsu terbunuh sendiri itulah harapanku padaMu





0 comments: to “ Cinta Agung ”
Post a Comment