Ku Cari BAHAGIA Hakiki..

Tuesday, June 9, 2009



MANUSIA bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti.Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari betapa dia dicintai.Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka diri agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.

MANUSIA tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih dan tidak mahu sedar kerana serakah.

ADA teman yang begitu mencintai, namun tidak diendahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi diri sendiri. Memilih teman dan mencari-cari padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah..ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomorsatukan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nomor satu dalam satu hal tapi belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.

KEBAHAGIAAN bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap daripada orang lain, maka bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati.Kita akan bahagia bila kita boleh menerima diri kita apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain dan mahu menerima orang lain.

PERCAYALAH kepada Allah, dan bersyukurlah kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. DIA akan memberi kita saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak orang.

p/s: pesanan untuk diri sendiri..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Ku Cari BAHAGIA Hakiki.. ”

 

Design by Amanda @ Blogger Buster