MY HeRo!!

Thursday, July 30, 2009



wah minat tul la kat mamat ni..bukan pe, die act CSI Miami rasa tak puas tgk satu drama..smp fZ addict gile lah! CSI lain byk lg..tapi Miami paling bes!! takleh di sangkal lg da..dlm sume2, die pandai bermadah..fz sukee gitu! ~last drama fz view baru ni die ckp "Maybe u have something to hide.. blax3.." bile die cakap tu kan, muderer kat depan sure terbantot..hahaha..dahle tanak puji lebey2..ape yg pasti, David Cruso!! u tunggu di MIAMI smp fZ sampai!! bwahaha~ tungguuuuuu!

AddThis Social Bookmark Button


Sesuatu Antara Waktu..

Wednesday, July 29, 2009



Segarnya titisan embun pagi
Biaskan indahnya sinar mentari
Angin yang semilir sejukkan hari
Gambarkan kuasa ilahi

Kuikuti jalannya hari ini
Kini kucuba untuk fahami dunia
Betapa mempersonanya alam
Terkuak misteri kehidupan

Andai semua seindah bintang
Menepis kegelapan
Menabur kasih antara kita
Terbingkai keikhlasan
Warnai persaudaraan islam

Bila malam telah menjelang
Kupandangi bintang kian benderang
Kurangkai sebait doa padaMu
Tunjukilah kami,Luruskanlah kami
Dalam mengharungi kehidupan

AddThis Social Bookmark Button


wajah kesayangan hamba..

Friday, July 24, 2009



uwargh aku teda keja! smalam aku da setelkan sume urusanku..so harini tibalah masanya aku merelax2kan minda..bwahahaa~ sume da gi solat jumaat nampaknye ni...bley le wat pape yg patut..ni gmbo2 yg aku edit td..cam hape je la..hahaha..mau tak mau kena tengok jgkle..~kata elly iskandar inilah wajah kesayangan hamba..hahaha

AddThis Social Bookmark Button


adik-adikku yang tersayang..

Thursday, July 23, 2009

bila la adik adikku sume ni nak pulang ke tanah air..lambatnye trasa 3 taun..baru je sampai mesir nun..tak sampai staun pun..alahai..itula bila ada disisi tak peduli mana pun..da jauh ceni baru trasa kehilangan..hurm..rindu sangat...ahaks, dek tape..jangan mara ye..akak amik pic adik ipo letak sini..hehehe..


(akhi redzauddin..bro yg noty teramat2 seentero dunia..huhu)


(akhi khalis..my bro yg smart seentero dunia~ haha..)


(ehem2..)

AddThis Social Bookmark Button


bila mamy dah demam..haih

Tuesday, July 21, 2009

aloooooo kabare sume! hope sume hepy disamping orang tersayang..(ayat skema!(o_O) dak ni pos entry no? haih..teda keja la katakan..wahahaa~

~:loghat penang:~
cek demam sakan ni..MC la dr sgala macam Qheja..apa leh wat..badan tlalu letih wat peghangai laa..nak makan pun tak lalu ni..memeQhap ja shari nih~ nasib la sapa dok tepi cek..suma cek suh wat Qheja..amik tu, amik ni..ubat pun kena suap..depa dok ghaplah jingga ja tu..nk marah tak sampai hati! takpalaa bukan slalu nak baloQ camni kan..hahaha..

ni badan dok bQhasa hangat smacam..seram sejuk suma ada..haih..tadi dah lena seround, lapaQ la pulak..tapi tak bole nak telan dia berasa nak buaaaaakkk ja! tak tau la pasaipa..mulut payau kot, asyik dok kena pepak ubat ja tak habih2..mau nak lalu makan..kenyang minum jadila..tadi pekena ayaQ nyoQ sebijik..amboi sedap aih..manih melecaih..tawaQ hebiaq cek tak lalu sgt..fuh! lama tak langgah..depa bok balik dari qhumah tok, smata2 nak suruh cek minum..org tua2 habaQ, nak bagi cepat bek demam kena makan nyok muda..jenuh gak no bila sskali kena sampoQ demam..nak wat lagu mana cek anak manja..hehehe

dahla cek tak laQhat nak tulih panjang2..hampa bukan paham kalau cek meqhapu panjang2..wat semak peQhot ja..ekekee..esok cek qhasa nak posa buang saghi lagi..nak habih dah rejab pon..tang nak mai ramadhan ni pakat kalot la Qhodo posa kan? peghabih lekaih la..okeyz suma..nak bang dah ni..salamz

AddThis Social Bookmark Button


Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman

Monday, July 20, 2009


“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari ini Isnin 20.07.2009 (27 Rejab) kita memasuki bulan yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda SAW dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).


MasyaAllah !! Setelah 9 bulan perjalanan, Amerika menjejakkan alatnya di planet Marikh pada 25.6.2008 lalu dan hari ini menunjukkan fotonya kepada umat manusia di bumi. Tanah Marikh diambil dan dianalisa. Foto ini boleh tiba ke bumi dengan pantasnya, melalui perantaraan apa? Orang kafir sibuk meneroka alam baru sedang umat Islam pula sibuk melayan tuntutan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan bercakaran sesama sendiri.

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.


Ini foto bersejarah kerana kali pertama foto bumi diambil dari angkasalepas (pada ketinggian 300 kilometer). Foto ini diambil oleh Yuri Gagarin, angkasawan Rusia dan manusia ketiga ke angkasalepas pada 12.4.1961, selepas Nabi Isa as (selepas percubaan membunuhnya) dan Rasulullah saw (dalam peristiwa Israk Mikraj).

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.

2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.

3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.

4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.

5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.

6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.

7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.

8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

P/S: WoRLd-WoRLd JUgAK aKhIRaT JaNGaN LuPA

~Di petik dari Blog Ustaz Halim..kredit to ustaz..Jazakallah hu khair~

AddThis Social Bookmark Button


Layannnnnnnn!! ~Hampa Hatiku..

Sunday, July 19, 2009



lagu ni cam besh je..i like dangdut part! ngehehe..skadar hiburan semata tiada kena mengena sama ada yang hidup atau yang telah pergi..haha..Layannnnnnn~

Pernah kah kau merasa
Pernah kah kau merasa

Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Reff 2x
Pernah kah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu Kosong

Buang saja smua kata cintamu
Buang saja smua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

Back to reff 2x

Rap version
Pernahkah pernahkah kalau kau merasa
Di galaksi yang datang
Terasa gelap gulita tiada cahaya
Hanya gelap
Hitam dan kelam
Tak ada lagi suka tak ada rasa

Pernahkah
(Pernah pernah pernah pernah pernahkah)
Pernahkah kau merasa
Di saat diri terlelap
Mesti gemuruh kian beradu
Slalu mengganggu
Kau tetap terlelap dalam tidurmu

Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, menghianatimu
Ampuni aku sayangku
Jujur kukatakan aku tak lagi mencintaimu

~siap lirik lagi! bio betuL..? jangan gelek2 aaa..wahahaha!

AddThis Social Bookmark Button


DOAKU..RINTIHANKU..

Saturday, July 18, 2009



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ANUGERAHKANLAH SEDIKIT RASA CINTAKU PADA-MU TUHAN
AGAR AKU TIDAK MENCINTAI SELAIN-MU
SUPAYA APA YANG ADA KU KORBANKAN UNTUK-MU
ATAU BERILAH SEDIKIT RASA TAKUT PADA-MU TUHAN
AGAR AKU DAPAT MENGAWAL DIRIKU
PATUH PADA SURUHAN-MU
MENJAUHI LARANGAN-MU
HIDUPKANLAH JIWA AKU DENGAN MENGINGATI-MU TUHAN
BANGUNKANLAH JIWA AKU DENGAN TAKUT KEPADA-MU
AGAR RASA KEHAMBAANKU SUBUR DALAM JIWAKU
RASA CINTA DAN TAKUT MEMENUHI JIWAKU
INILAH YANG AKAN MENYELAMATKAN AKU
KALAU TIDAK KERANA INI SUDAH TENTU AKU LALAI DENGAN-MU SELALU
AKU LUPA DENGAN SURUHAN-MU DAN LARANGAN-MU
SETIAP WAKTU NAFSULAH YANG AKAN MEMPENGARUHIKU
SYAITANLAH YANG AKAN MENIPU DAYA AKU
TUHAN...ROBEK-ROBEKKANLAH HATIKU INI DENGAN TAKUTKAN-MU
PECAH-PECAHKANLAH HATIKU DENGAN KEHEBATAN-MU
HANCUR LULUHKAN HATIKU DENGAN JABBAR DAN QAHHAR-MU
HIRIS-HIRISKAN HATIKU DENGAN RAHIM DAN RAHMAN-MU
KECUT DAN REPUT-REPUTKANLAH HATIKU DENGAN QUDRAT DAN IRADAH-MU
AGAR JANGAN MANUSIA DAN KUASA MEROBEK-ROBEKKAN HATIKU
SUPAYA KEBESARAN MANUSIA TIDAK PECAH-PECAHKAN HATIKU
JANGAN SAMPAI ZALIM DAN KEZALIMAN MANUSIA
MENGHIRIS-HIRIS HATIKU
AKU BERLINDUNG DARIMU DARIPADA
MAKHLUK YANG MEROSAKKAN HATIKU
JUGA AKU BERLINDUNG DENGAN-MU
JANGAN SAMPAI DUNIA DAN NIKMATNYA MEROSAK HATIKU
TUHAN...SELAMATKANLAH HATIKU DARIPADA
DIROSAKKAN OLEH PUJIAN
PELIHARALAH HATIKU DARI NIKMAT
DUNIA DAN KEINDAHANNYA
TUHAN APALAH ERTINYA AKU CINTAKAN
SYURGA-MU PADAHAL HATIKU TIDAK MENCINTAI-MU
APALAH ERTINYA AKU TAKUTKAN NERAKA-MU
SEDANGKAN HATIKU TIDAK TAKUT DENGAN-MU
TUHAN...HIDAYAHMU YANG KUPINTA
TAUFIQMU YANG KU MAHU
SELAMATKANLAH AKU TUHAN
PELIHARALAH AKU
PIMPINLAH AKU KE JALAN KESELAMATAN
ENGKAU ADALAH TUHANKU...PELINDUNGKU.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

AddThis Social Bookmark Button


Sedih lagi ni...

Friday, July 17, 2009


cukup bagiku.flv -
(lagu ni fZ tersangat sangatla suka! menitis air mata da ni)

**Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta

Cukup bagiku Allah segalanya untuk-Mu
Di hatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah cukup bagiku Allah

Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah**

salam sume..takde intro..hurm..hari demi hari walo sepahit mana pun kite kena teruskan kan ~ya allah kuatkan hatiku..bebaru ni fZ de cakap mak sdara masuk wad kan? smalam..mak long fZ lak admit..sakit jantung! tapi alhmdlh tak kritikal sangat skang, da leh melawak ngan fz..ok la tu..tapi da tak sekuat dlu la. kejap2 tu sakit die datang gak..tadi doc de ckp die maybe kena opration..waaa hebatkan dugaan tuhan..lepas satu, satu yang datang..tak kuat da ni..tolonggggggggg~

kalo ikutkan fz kena gi sabah akhir bulan ni..da terbantut! harapnye diberi kesempatan yg terakhir kali..fz nak pegi jauh2..da tanak tinggal sini! tanak dah..sedihnye, sedihnye..~nangis..

okla wassalam..

AddThis Social Bookmark Button


Lupa dan Melupakan? Sakitnye..



waaaah susahnye nk lupe..takleh lupa la! Nape ni? kerap betul ingatkan die akhir2 ni.."Jika dia untukku kau eratkanlah hati kami ya allah, Jika ia sebaliknya kau jauhkanlah hatinya dengan hatiku.." ku mohon padamu robbi..

***

Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!

Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.

Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.

Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.

Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.

Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.

Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.

Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.

Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.

Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!

~dari i Motivasi Artikel..

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster